CARA BELI RUMAH SUBSALES YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK TAHUN 2022
APA ITU RUMAH SUBSALE?
Rumah
subsale bermaksud rumah yang pernah diduduki ataupun belian rumah daripada tuan rumah
bukan daripada pemaju. Rumah subsale juga adalah rumah yang sudah matang dengan kemudahan, pengangkutan dan perkhidmatan sebagai contoh bank, hospital, klinik, sekolah dan lain-lain lagi. Rumah subsale juga adalah rumah yang sudah didiami oleh jiran tetangga, jadi mudahlah bagi anda yang ingin membeli rumah subsale untuk mengetahui siapakah bakal jiran baru anda.
PANDUAN
BELI RUMAH SUBSALE
1)
Pilih Kawasan Penempatan Yang Ingin Kita Beli
-
Buat kajian tentang persekitaran rumah.
-
Cari rumah yang bersesuaian dengan kewangan dan keperluan.
-
Boleh cari rumah subsale melalui iklan2 di Facebook (IRA ZOHARI), mudah.my (IRA ZOHARI), website jual rumah, atau hubungi saya sebagai khidmat ejen hartanah anda.
2) Tandatangan Offer to Purchase (OTP)
- Surat ni disediakan
oleh pihak ejen/peguam.
- Jika berhubung dengan
ejen, pastikan ejen hartanah tu adalah ejen yang berdaftar secara sah dengan
Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).
- Jangan guna orang
tengah yang sembarangan, risau kena tipu, duit pun lesap.
3) Bayar Booking Fee
- Bila dah confirm nak beli rumah dipilih, OTP pun sudah ditandatangani, maka bolehlah bayar booking fee.
- Kebiasaannya 2% hingga 3% daripada harga pembelian
rumah sebagai bayaran booking. Tentang ini anda boleh berbincang dengan Ira Zohari untuk maklumat lanjut
- Dan pastikan booking ini
dibayar kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman yang anda lantik.
Jangan bayar kepada mana-mana individu, baik ejen atau owner rumah.
4) Dapatkan Bukti Pemilikan Daripada Owner Asal
- Pastikan pemilik rumah asal (penjual) tandatangan pada borang OTP (Offer to Purchase) , dan pastikan pembeli (atau ejen) dapat salinan geran atau sijil pemilikan tanah. Jika owner terhilang atau tersalah letak jangan risau boleh rujuk semula dengan pejabat tanah berdekatan.
5)
Mula Buat Permohonan Pinjaman Perumahan Dari Bank
- Gunakan OTP tadi untuk memohon pinjaman loan daripada pihak
bank untuk pembelian rumah. Dan pastikan ajen hartanah apply minimum 4 bank untuk
tujuan ini.
- Dokumen yang anda perlu
sediakan untuk mula membuat permohonan bank:
-
IC
-
Slip Gaji 6 bulan (untuk
mereka yang makan gaji la)
-
Penyata bank 6 bulan
-
Penyata EPF
-
Borang EA
-
Surat Pengesahan Jawatan
6)
Lantik Peguam Yang Tahu Hal Ehwal Hartanah
Upah
peguam yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA
(Sales and Purchase Agreement).
7)
Tanda Tangan SPA (Sales And Purchase Agreement)
- Ingat! Tanda tangan
perjanjian ini HANYA SELEPAS permohonan pinjaman perumahan bank anda
diluluskan.
- Ini kerana anda perlu jelaskan baki 7% daripada
balance 10% deposit yang anda perlu bayar dalam masa yang ditetapkan (Langkah
ke3, anda telah bayar 3% booking fee)
- Jika melebihi dari masa
yang ditetapkan, anda boleh dikenakan penalti dan sebagainya daripada tuan
rumah. Ini sebabnya anda perlukan ajen hartanah yang bertauliah dan berpengalaman untuk uruskan dan sentiasa follow up anda tentang perkara ini.
- Tetapi, sekiranyan anda
memang telah ada duit simpanan sendiri untuk bayar 10 deposit, tiada masalah
untuk tanda tangan SPA sbeleum pinjaman bank diluluskan. Anda Cuma perlu bayar
baki 7% baki tersebut kepada ejen hartanah/peguam yang telah anda lantik. Tapi
ingat! Pastikan semua transaksi ada resit.
8)
Follow Up Peguam Berkenaan Proses Jual Beli Rumah Subsale Anda
Tunggu
3 hingga 6 bulan untuk pihak bank membayar penjual rumah jumlah yang tertunggak
(baki 90% harga jualan rumah. 10% anda telah dibayar sebelum tanda tangan SPA)
Pastikan
anda follow up peguam setiap minggu/bulan untuk pastikan peguam anda buat kerja
dan kes anda ada kemajuan dari semasa ke semasa.
9)
Ambil Kunci Rumah
- Dalam SPA, kebiasaannya
dinyatakan tempoh 90 hari selepas mendapat consent untuk selesaikan segala
urusan selanjutnya. Lawyer yang anda sudah lantik akan memberi nasihat panduan untuk stage ini.
- Tempoh ini juga termasuk
dalam proses Discharge of charge hingga serahan hakmilik dan kunci kepada anda.
Jika masih tidak selesai, lanjutan 30 hari pada kadar penalti 8% kebiasaannya
dicatat dalam S&P.
- Oleh sebab itu, anda
kena follow up dan update atau ajen hartanah akan bantu ada untuk follow up dengan lawyer jika anda tak nak jadi mangsa
keadaan.
-
Setelah semua urusan selesai diuruskan oleh peguam, maka tibalah masanya untuk
anda mendapatkan kunci rumah yang anda beli.
Ini antara rumah yang kita ada dalam market untuk rumah subsale
IRA ZOHARI
Senior Real Estate Negotiator
Phone: 016-321 9088
Maxxan Realty Sdn Bhd
WA: https://talktoira.wasap.my/
FB: https://www.facebook.com/IraZohariOfficial
Telegram: https://t.me/irazo_property/904
Comments
Post a Comment